Rabu, 20 Mei 2015

Apa itu baja NPK?




Apakah itu baja NPK ?
Ramai orang yang berkebun menggunakan baja yang biasanya ada tertera N:15 P:15 K:15 atau N:12 P:12 K:17.
Tapi ramai yang tidak mengetahui apa maksud NPK dan nombor yang tertera disebelahnya.
NPK bermaksud Nitrogen, Phosphorus dan Kalium (Potasium), dan nombor yang disebelahnya bermaksud peratusan setiap bahan itu didalam kandungan baja tersebut. Sebagai contoh, N:12 P:12 K:17 bermaksud baja tersebut mempunyai kandungan Nitrogen sebanyak 12%, Posphorus sebanyak 12% dan Kalium (Pottasium) sebanyak 17%. Ia diperkenalkan oleh Justus Von Liebig seorang saintis Jerman. Beliau mengatakan bahawa asas kepada kesuburan sesuatu tanaman itu bergantung kepada kadar nitrogen, phosphorus dan kalium (potasium)..tapi kalau campur baru ada 41%, mana cukup 100%, mana pegi yang lain tu ? Yang lain tu adalah kandungan bahan-bahan lain yang biasa terdapat dalam baja. Tetapi hanya NPK yang paling penting dalam kandungan baja yang biasa dapat digunakan oleh tumbuhan.
Nitrogen-(Pembesaran untuk daun)
Nitrogen amat berguna kepada tumbuhan. Nitrogen biasanya terdapat didalam udara dan didalam tanah. Kesemua tumbuhan berdaun hijau menggunakan nitrogen. Klorofil, bahan hijau yang terdapat didalam tumbuhan yang digunakankan untuk tujuan photosyntesis, dibina dari sebahagian besarnya dari nitrogen.
Walaupun nitrogen terdapat dengan banyaknya didalam udara, tumbuhan tidak dapat menyerapnya secara terus. Ia mesti diserap melalui tanah.
Tumbuhan yang mengalami kekurangan nitrogen akan menjadi sedikit kekuningan dan kurang pembesaran atau terbantut. Walaubagaimana pun, terlalu banyak nitrogen juga tidak membantu. Ianya hanya akan menyebabkan tumbuhan menjadi terlebih besar sedangkan batang pokok tidak dapat untuk menampung tumbesarannya. Ini akan menyebabkan pokok tidak dapat tegak.
Phosphorus-(Pembesaran untuk akar)
Posphorus berguna didalam perkembangan akar yang sihat. Akar yang sihat mampu menyerap nutrien-nutrien lain didalam tanah. Ia juga digunakan untuk menggalak tumbuhan berbunga.
Ia biasanya dilepaskan kedalam tanah melalui tumbuhan atau hidupan yang mereput.
Kekurangan phosphorus boleh dilihat melalui warna daun yang tidak segar atau kekuningan. Kurang berbunga juga mungkin petunjuk bahawa tumbuhan tersebut mengalami kekurangan phosphorus.
Kalium (Potassium)-(Pembesaran untuk buah)
Kalium atau potassium membantu dalam perkembangan keseluruhan pokok termasuk bunga dan buah. Ia adalah kunci kepada pembentukan chlorophyl. Kekurangan kalium akan menghasilkan bunga dan buah yang kecil. Ia membantu tumbuhan dalam melawan penyakit.
Tumbuhan yang mengalami kekurangan kalium akan kelihatan tidak sihat.
Jika tumbuhan mendapat ketiga-tiga bahan ini, insyaAllah, ia dengan mudah akan dapat menyerap nutrien-nutrien lain didalam tanah dan udara.

1 ulasan: