Ahad, 20 September 2015

apa itu NKEA?

BIDANG EKONOMI UTAMA NEGARA (NKEA)    



NKEA ditakrifkan sebagai pemacu kegiatan ekonomi yang berpotensi memberi sumbangan secara langsung yang penting kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia, dengan nilai yang boleh diukur melalui indikator pendapatan negara kasar (PNK) dan peluang pekerjaan yang diwujudkan serta menarik bakat terbaik.  Pendekatan pembangunan ekonomi NKEA juga berbeza di mana pertumbuhan ekonomi akan diterajui sektor swasta dan disokong oleh pihak Kerajaan yang bertindak sebagai pemudah cara dan fasilitator.

Dua belas NKEA menjadi teras ETP, dan salah satunya adalah NKEA Pertanian.  Sektor pertanian memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi Malaysia – mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar serta menjamin keselamatan makanan negara. Selepas mengecualikan tanaman perindustrian seperti minyak sawit dan getah, sektor pertanian menyumbang RM20 bilion atau 4 peratus daripada PNK Malaysia pada 2009.

12 NKEA yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:

NKEA 1 : Minyak, Gas dan Tenaga
NKEA 2 : Minyak Sawit
NKEA 3 : Perkhidmatan Kewangan
NKEA 4 : Pelancongan
NKEA 5 : Perkhidmatan Perniagaan
NKEA 6 : Elektronik dan Elektrikal
NKEA 7 : Pemborongan dan Peruncitan
NKEA 8 : Pendidikan
NKEA 9 : Penjagaan Kesihatan
NKEA 10 : Kandungan dan Infrastruktur Komunikasi
NKEA 11 : Pertanian
NKEA 12 : Greater Kuala Lumpur/Klang Valley

NKEA Pertanian

NKEA Pertanian memberi tumpuan kepada sub-sektor yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi, iaitu akuakultur, pertanian rumpai laut, sarang burung walit, produk herba, buah-buahan dan sayur-sayuran serta makanan diproses premium. Ini akan membolehkan Malaysia menembusi pasaran global bernilai tinggi yang sedang membangun dengan pesat. Subsektor seperti padi dan ternakan haiwan turut dipilih kerana kepentingan mereka sebagai sumber utama keterjaminan makanan negara.

Matlamat NKEA Pertanian adalah untuk memberi sumbangan kepada peningkatan pendapatan negara kasar (PNK) berjumlah RM21.44 billion menjelang tahun 2020. Selain daripada itu, 74,000 tambahan peluang pekerjaan juga diharap dapat dicapai dalam tempoh tersebut.

Untuk mencapai objektif, sebanyak 16 Projek Permulaan (EPP) dan 11 peluang perniagaan telah dikenal pasti untuk memangkinkan penubuhan perniagaan yang dipacu oleh permintaan pasaran, berskala industri dan mempunyai ciri-ciri pertanian bersepadu.

 
Maklumat Am NKEA Pertanian

16 EPP tersebut adalah :

EPP 1    :    Produk herba bernilai tinggi
EPP 2    :    Pengeluaran sarang burung walit
EPP 3    :    Mini estet untuk rumpai laut
EPP 4    :    Penternakan  ikan dalam sangkar
EPP 5    :    Integrasi lembu di ladang kelapa sawit
EPP 6    :    Replikasi i-ZAQ
EPP 7    :    Pasaran premium buah dan sayur segar
EPP 8    :    Taman pengeluaran makanan
EPP 9    :    Pengeluaran beras wangi di luar kawasan saliran
EPP 10  :    Penanaman padi di MADA 
EPP 11  :    Penanaman padi di kawasan jelapang
EPP 12  :    Penambahan ladang fidlot
EPP 13  :    Kluster tenusu
EPP 14  :    Pembangunan industri benih
EPP 15  :    Penyertaan syarikat multi-nasional
EPP 16  :    Pengambilalihan syarikat luar negara/JV

Tiada ulasan:

Catat Ulasan