BIDANG EKONOMI UTAMA NEGARA (NKEA) | ||||||||||||||||||||||||||
NKEA ditakrifkan sebagai pemacu kegiatan ekonomi yang berpotensi memberi sumbangan secara langsung yang penting kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia, dengan nilai yang boleh diukur melalui indikator pendapatan negara kasar (PNK) dan peluang pekerjaan yang diwujudkan serta menarik bakat terbaik. Pendekatan pembangunan ekonomi NKEA juga berbeza di mana pertumbuhan ekonomi akan diterajui sektor swasta dan disokong oleh pihak Kerajaan yang bertindak sebagai pemudah cara dan fasilitator. Dua belas NKEA menjadi teras ETP, dan salah satunya adalah NKEA Pertanian. Sektor pertanian memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi Malaysia – mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar serta menjamin keselamatan makanan negara. Selepas mengecualikan tanaman perindustrian seperti minyak sawit dan getah, sektor pertanian menyumbang RM20 bilion atau 4 peratus daripada PNK Malaysia pada 2009. 12 NKEA yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:
NKEA Pertanian
NKEA Pertanian memberi tumpuan kepada sub-sektor yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi, iaitu akuakultur, pertanian rumpai laut, sarang burung walit, produk herba, buah-buahan dan sayur-sayuran serta makanan diproses premium. Ini akan membolehkan Malaysia menembusi pasaran global bernilai tinggi yang sedang membangun dengan pesat. Subsektor seperti padi dan ternakan haiwan turut dipilih kerana kepentingan mereka sebagai sumber utama keterjaminan makanan negara. Matlamat NKEA Pertanian adalah untuk memberi sumbangan kepada peningkatan pendapatan negara kasar (PNK) berjumlah RM21.44 billion menjelang tahun 2020. Selain daripada itu, 74,000 tambahan peluang pekerjaan juga diharap dapat dicapai dalam tempoh tersebut. Untuk mencapai objektif, sebanyak 16 Projek Permulaan (EPP) dan 11 peluang perniagaan telah dikenal pasti untuk memangkinkan penubuhan perniagaan yang dipacu oleh permintaan pasaran, berskala industri dan mempunyai ciri-ciri pertanian bersepadu.
Maklumat Am NKEA Pertanian
16 EPP tersebut adalah : EPP 1 : Produk herba bernilai tinggi EPP 2 : Pengeluaran sarang burung walit EPP 3 : Mini estet untuk rumpai laut EPP 4 : Penternakan ikan dalam sangkar EPP 5 : Integrasi lembu di ladang kelapa sawit EPP 6 : Replikasi i-ZAQ EPP 7 : Pasaran premium buah dan sayur segar EPP 8 : Taman pengeluaran makanan EPP 9 : Pengeluaran beras wangi di luar kawasan saliran EPP 10 : Penanaman padi di MADA EPP 11 : Penanaman padi di kawasan jelapang EPP 12 : Penambahan ladang fidlot EPP 13 : Kluster tenusu EPP 14 : Pembangunan industri benih EPP 15 : Penyertaan syarikat multi-nasional EPP 16 : Pengambilalihan syarikat luar negara/JV |
Nutrien organik sebagai nutrien mineral kedua dan nutrien galian tambahan. Hebagreen adalah 100% mineral tumbuhan semulajadiyang di perbuat daripada batu semula jadi calcite - Mineral diproses menggunakan teknologi nano - nutrien Herbagreen yang diubah menjadi saiz nano yang membolehkan penyerapan yang cepat melalui daun dan batang tumbuh-tumbuhan. Penggunaan Herbagreen membantu tumbuhan melawan penyakit dan perosak, sekali gus meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil produk.
Ahad, 20 September 2015
apa itu NKEA?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan