SERANGAN KULAT - Tanaman Pisang
Dalam menguruskan
tanaman pisang, masalah perosak dan penyakit perlu diberikan tumpuan.
Risiko penyakit untuk pokok pisang ini berpunca dari punca penyakit yang
boleh menjejaskan hasil tanaman. Oleh itu program kawalan serangga dan
dan penyakit hendaklah di jalankan di peringkat awal bermula dari pokok
pisang baru di tanam dan seterusnya.
Oleh itu,
kebersihan ladang, cantasan daun berpenyakit dan tua, pembinaan saliran (
jika perlu) dan pembungkusan buah adalah aktiviti yang perlu di
laksanakan bagi mengurangkan kos kawalan penyakit. Pengenalan kepada
perosak dan penyakit tanaman pisang adalah penting bagi mengenali
perosak dan penyakit di peringkat awal dan tidakan segera dapat di ambil
bagi mengawal perosak dan penyakit.
Secara
umumnya, penyakit/perosak tanaman pisang ini terbahagi kepada 2 kategori
iaitu di sebabkan oleh kulat dan juga serangga perosak.
Antara penyakit pisang yang di sebabkan oleh kulat ialah:
A) Penyakit Bintik Daun Cordona (Codona Leaf Spot)
Kulat: Cordona Musae
Tanda-Tanda Serangan
Berlaku
padaperingkat pokok matang. Bintik pada daun berwarna kuning dan
berbentuk bulat bujur dengan panjangnya boleh mencapai sehingga 10 cm.
Pada permukaan atas daun terdapat bintik berwarna perang dan berpusar
serta di kelilingi jalur berwarna kuning cerah. Bintik pada permukaan
bawah daun pula mengandungi spora dan berwarna kelabu.
Gambar
Kiri Adalah Di Peringkat Permulaan Jangkitan Di Mana Bintik-Bintik
Panjang Mula Kelihatan Manakala Gambar Kanan Adalah Di Peringkat Serius.
Syor-Syor Kawalan
1. Ladang hendaklah bersih serta menmpunyai system saliran yang sempurna.
2. Kawal rumpai Serta Buang Sulur Yang Tidak Di Kehendaki Serta Daun Yang Telah Di Serang penyakit
3. Pembajaan Di Lakukan Dengan Secukupnya.
3. Pembajaan Di Lakukan Dengan Secukupnya.
4. Sembur racun kulat samada Chlorothalonil atau Mencozeb (jika perlu).
5. Tanam mengikut jarak yang di syorkan.
B) Penyakit Bintik Daun @ Sigatoka Kuning Atau Hitam
Kulat: Mycospaherlla fijiensis – Sigatoka Hitam
Kulat: Mycospaherlla fijiensis – Sigatoka Hitam
Kulat: Mycosphaerella musicola – Sigatoka Kuning
Kulat ini senang membiak
di kawasan yang lembab dan mempunyai system saliran yang kurang baik.
Keadaan taburan hujan yang tinggi juga menggalakkan pembiakan kulat ini.
Kulat ini boleh merebak jika keadaan cuaca sangat lembab dan berangin.
Juga ianya boleh merebak melalui pemindahan daun dan sulur. Pada musim
hujan, kawalan dengan racun kimia adalah disyorkan
Tanda Serangan
Serangan
berlaku terutama pada daun yang matang. Pada peringkat awal serangan,
terdapat bintik-bintik kecil berwarna hitam atau jalur-jalur berwarna
kuning. Bintik-bintik ini akan membesar menjadi bujur seperti mata
dengan bahagian tengah menjadi perang terang dan di kelilingi warna
perang gelap. Bintik-bintik ini akan bercantum antara satu sama lain
yang mengakibatkan bahagian daun yang di serang menjadi perang dan
kering. Keseluruhannya, pokok akan kelihatan dari jauh seperti terbakar.
Serangan
teruk pada peringkat pokok pisang sedang berbuah menyebabkan bilangan
daun atau keluasan daun hijau yang berfungsi untuk membuat makanan
berkurangan seterusnya mengakibatkan saiz buah dan bilangan “sisir” buah
berkurangan. Buah muda tidak akan masak dan manakala buah yang matang
akan masak lebih awal dan menjejaskan mutunya. Serangan pada peringkat
pokok muda boleh mengakibatkan pokok akan mati.
Gambar
menunjukkan lesi pada daun berupa jalur-jalur panjang berwarna kuning
kuning kehijauan atau kuning pucat dan kemudian kering.
Pada
peringkat awal, ‘tompok’ yang lebih menyerupai jalur-jalur dan berwarna
kuning kehijauan atau kuning pucat seperti luka-luka kecil terdapat
pada daun. Panjangnya lebih kurang 1.0 – 10.0 mm dan lebarnya 0.5 – 1.0
mm selari dengan urat daun dengan bentuk yang lebih jelas pada pandangan
atas daripada pandangan di bawah daun.
Luka-luka ini akan membesar dan berwarna perang gelap dan di tenngah bintik menjadi kering berwarna kelabu. Pelepah daun akan kering dan kelihatan seperti terbakar sebelum daun sempat matang.
Luka-luka ini akan membesar dan berwarna perang gelap dan di tenngah bintik menjadi kering berwarna kelabu. Pelepah daun akan kering dan kelihatan seperti terbakar sebelum daun sempat matang.
Kelihatan Jalur-Jalur Panjang Berwarna Perang Dan Kekuningan Pada Daun.
Pada musim pokok sedang
berbunga, daun yang ketiga atau keempat di pertengahan pokok akan
kelihatan berjalur-jalur kuning muda atau hijau perang selari dengan
urat daun (lebih kurang 1–2mm panjang). Daun kelima dan keenam berbintik perang atau hitam sehingga 100 mm panjangnya.
Pada daun yang lebih tua, bintik-bintik bewarna kelabu muda dengan sisi bintik bewarna perang tua atau hitam dan dikelilingi oleh jalur kuning akan kelihatan. Kumpulan spora akan kelihatan sebagai bintik kelabu yang kecil terutamanya semasa keadaan cuaca yang lembab. Pada keadaan yang teruk, pengeluaran buah akan berkurangan, ia tidak akan matang serentak dan buah kurang berisi.
Pada daun yang lebih tua, bintik-bintik bewarna kelabu muda dengan sisi bintik bewarna perang tua atau hitam dan dikelilingi oleh jalur kuning akan kelihatan. Kumpulan spora akan kelihatan sebagai bintik kelabu yang kecil terutamanya semasa keadaan cuaca yang lembab. Pada keadaan yang teruk, pengeluaran buah akan berkurangan, ia tidak akan matang serentak dan buah kurang berisi.
Syor-Syor Kawalan
1. Ladang hendaklah bersih serta menmpunyai system saliran yang sempurna.
2. Buang Sulur Yang Tidak Di Kehendaki Serta Daun Yang Telah Di Serang Penyakit.
3. Sembur Racun Kimia Yang Di Syorkan Setiap 10 Hari Sekali.
4. Racun kulat yang
boleh di gunakan adalah seperti Mencozeb, Benomyl, Tridemorph,
Propiconazole, Maneb dan Thiophnate-Methyl (Pilih la mana-mana yang
murah hehehe….)
Untuk lebih berkesan,
campurkan sedikit minyak seperti Orchex dalam bancuhan racun tadi bagi
melanjutkan kedudukan racun pada daun.
5. Tanam mengikut jarak yang di syorkan.
Note:
Sebenarnya
kalau di lihat pada simptom serangan dan kesan serta cara kawalannya
pada pokok pisang untuk 2 jenis penyakit di atas adalah sama asalkan
serangan nya di sebabkan oleh kulat dan berlaku pada daun
.Gambar ini dari kebun aku sendiri. Pokok aku banyak kena penyakit macam nie. Walaupun aku post kan artikel pasal penyakit daun pokok pisang ni, aku sendiri pun tak tau nak bezakan yang mana Sigatoka Hitam @ Kuning atau Cordoba. Tapi yang penting cara kawalannya adalah sama dan masih boleh di kawal.
Oleh kerana pokok aku dah mula berbunga (berjantung), aku tak buat apa-apa langkah kawalan pun. Yang mana teruk sangat di serang, aku pangkas aja pelepah dia….tapi teruk la jugak hehehe.
C) Penyakit Layu Panama Atau Layu Fusarium (Fusarium Wilt)
Kulat : Fusarium oxysporium
Dalam keadaan yang
sesuai, spora kulat Fusarium akan memasuki akar pisang melalui tebukan
dan kerosakan bermula di sebabkan serangan nematod atau luka pada
bahagian akar. Pembiakan kulat seterusnya berlaku di dalam saluran
system pemakanan pisang tersebut terutama di bahagian umbisi. Akibatnya
saluran makanan tersumbat dan mengganggu pengaliran air dan zat makanan.
Tanda Serangan
Tanda
awal penyakit ini ialah daun muda yang belum kembang telah menjadi
kuning muda dan mati. Bagi pokok-pokok tua, serangan bermula di bahagian
tepi daun yang menunjukkan klorosis dan seterusnya merebak ke tulang
daun. Lama kelamaan tangkai daun menjadi lembik, layu dan pelepah akan
patah. Daun kemudian mati terkulai mengelilingi batang.
Gambar menunjukkan klorosis bahagian tepi pada daun tua yang akan merebak ke tulang daun
Gambar menunjukkan daun terkulai mengelilingi batang
Bahagian
yang diserang akan reput dan berbau busuk. Jika keratan dibuat pada
batang, terdapat garis-garis perang atau hitam di sepanjang batang
Gambar menunjukkan garis-garis perang dan hitam pada keratan batang
Penyakit ini biasanya bermula dengan adanya bahan tanaman yang telah dijangkiti dipersekitaran. Fusarium oxysporum boleh
bertahan bertahun-tahun di dalam tanah. Layu Fusarium adalah penyakit
serius dan belum lagi ada bahan kimia yang berkesan yang mampu mengawal
atau menyembuh penyakit ini. Kulat ini terletak dibawah kumpulan
Ascomycetes berfilamen dan adalah daripada kumpulan deuteromycetes
dimana fasa seksualnya masih belum ditemui. Fusarium oxysporum mengeluarkan 2 jenis konidia, satu berbentuk bulan sabit dan besar, satu ligi bulat dan kecil.
Pokok
yang bermasalah hendaklah diasingkan dan di musnahkan (di syorkan di
bakar – jaga2 beb..kang terbakar kebun tu,,,hehe). Tanah bolehlah
disembur dengan penyahjangkit atau bahan pewasap (fumigant)
dan ditutup dengan lapisan plastik. Elakkan dari menanam pada tanah
yang bertakung dengan air. Bahan tanaman asal mestilah diperolehi dari
ladang yang tidak dijangkiti atau gunakan bahan tisu didik yang baik.
Pengairan di ladang tanaman mestilah baik untuk mengelak air bertakung.
Syor-Syor Kawalan
Aku
sendiri pun tak tau apa kawalan yang sepatutnya di buat. Apa yang aku
praktik sekarang ni, bila ada je symptom tu, cepat-cepat aku cabut pokok
tu. Dah banyak pokok aku yang kena cabut. Cuma aku yang belum cabut
lari lagi. Kalau nak tengok apa yang aku buat, tengok la posting aku
dengan tajuk LAYU PANAMA
Tapi ada yang cadangkan taburkan belerang di sekitar lubang yang nak di tanam. Ada
jugak yang cadangkan siramkan dengan Effective Micro-Organisma (EM)
pada setiap pokok bila dah ada serangan.
Tapi
semua adalah cadangan,belum di buktikan keberkesanannya. Entah betul ke
tidak. Tapi tak rugi kalau mencuba dan aku belum cuba lagi. Tak sempat beb…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan